Air dari segi hukum terbahagi kepada tiga jenis, Iaitu:
1. Air yang suci dan boleh menyucikan benda lain. Ia
terbahagi kepada dua:
a) Air Mutlaq:
- Air
yang suci lagi menyucikan ialah air mutlaq yang kekal dengan sifat asal
kejadiannya yang telah dijadikan oleh Allah s.w.t.
- Air
tersebut masih dikatakan air mutlaq walaupun ia sudah berubah disebabkan
lama terbiar , disebabkan tanah, lumut dan tempat bertakung atau tempat
mengalirnya mengandungi belerang . Hal ini kerana air itu sukar untuk
dielakkan daripada perkara tersebut .
- Dalil
yang menunjukkan kesucian air mutlaq, sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w.
yang bermaksud :
"Daripada Abu Hurairah r.a.h. katanya , seorang Badwi berdiri lalu terkencing di dalam masjid, kemudian para sahabat pergi mencegahnya . Lalu Rasulullah s.a.w. bersabda, biarkan dia dan curahkanlah di atas air kencingnya setimba air . Sesungguhnya kamu disuruh untuk mempermudahkan bukan menyusahkan" . - Perintah
Rasulullah s.a.w. supaya menjiruskan air ke tempat air kencing tersebut
adalah dalil yang menunjukkan bahawa air tersebut mempunyai sifat
menyucikan.
b) Air Musyammas:
- iaitu
air yang suci lagi menyucikan tetapi makruh menggunakannya.
- Air
yang suci lagi menyucikan yang lain tetapi makruh digunakan pada tubuh
badan tidak pada pakaian.
- Air
Musyammas bermaksud air yang panas yang terdedah kepada cahaya matahari
iaitu pada negeri-negeri yang beriklim panas yang mana ia boleh
mendatangkan karat seperti besi, tin dan lain-lain yang mana ia memberi
mudharat apabila terkena kulit atau tubuih badan menyebabkan ianya sopak,
kusta dan sebagainya. Sebagaimana Sabda Rasullah s.a.w. yang bermaksud :-
"Dari Aisyah sesungguhnya ia telah memanaskan air pada cahaya matahari maka telah bersabda Rasullah s.a.w kepadanya janganlah engkau berbuat demikian wahai Aisyah sesungguhnya air yang dijemur itu dapat menimbulkan penyakit sopak." (Riwayat Baihaqi)
2. Air yang suci tetapi tidak boleh menyucikan benda
lain. Ia terbahagi kepada dua:
a) Air Musta'amal:
Iaitu air yang suci pada dirinya tetapi tidak menyucikan
yang lain yang mana maksudnya dengan perkataan air itu boleh diminum tetapi
tidak sah dipakai untuk menyucikan sesuatu.
- Yang
dikatakan air Musta'amal pada mengangkatkan hadas ialah basuh kali yang
pertama pada mandi atau wudhu' yang wajib dan sudah bercerai daripada anggota.
- Yang
dikatakan air Musta'amal pada menghilangkan najis iaitu jika air itu tidak
berubah dan tidak bertambah.
- Air
daripada pokok-pokok dan air buah-buahan seperti daripada pucuk kelapa
yang dibuat nira atau akar-akar kayu.
Air yang berubah ada dua cara :-
- Berubah
dengan Taqdiri - Air yang berubah dengan Taqdiri iaitu air yang berubah
hanya pada Taqdir sahaja yang tidak dapat dilihat akan perubahannya.
- Berubah
dengan Hissi - Air yang berubah pada Hissi iaitu berubah air itu dengan
sesuatu yang dapat dilihat akan perubahannya.
- Cara mentaqdirkan hukum air yang bercampur dengan sesuatu
yang sama rupanya dengan seperti air mawar yang telah hilang bau, rasa dan
warnanya.
- pada bau hendaklah ditaqdirkan dengan bau kemenyan Arab.
- pada rasa hendaklah ditaqdirkan dengan rasa delima.
- pada warna hendaklah ditaqdirkan dengan warna anggur.
- pada rasa hendaklah ditaqdirkan dengan rasa delima.
- pada warna hendaklah ditaqdirkan dengan warna anggur.
Jika berubah dengan taqdir ini maka hukumnya air musta'amal
dan jika tidak berubah dengan taqdir ini maka hukumnya air mutlak.
Air yang bercampur itu ada dua cara :-
- Majawir
Bercampur dengan cara Mujawir iaitu air yang berubah dengan sebab termasuk di dalamnya dengan sesuatu yang dapat dipisahkan daripada air, contohnya sebuah baldi yang penuh dengan air termasuk di dalamnya sebatang kayu cendana dan kayu itu boleh dipisahkan daripada air tersebut, maka hukum air itu ialah air mutlak. - Mukhalit
Bercampur dengan cara Mukhalit iaitu benda yang masuk ke dalam air itu tidak dapat dipisahkan daripada air, contohnya sebuah baldi yang penuh dengan air maka termasuk ke dalamnya nila maka dihukumnya air Musta'amal.
b) Air Muqayyad:
- Air
yang bercampur dengan sesuatu yang suci yang mengubah salah satu sifatnya
(warna, rasa dan bau) menyebabkan ia tidak dipanggil air mutlaq lagi
seperti air yang dicampur dengan madu, sirap dan lain-lain.
3. Air yang najis atau mutanajjis, iaitu air yang terkena
benda najis. Ia terbahagi kepada dua:
a) Air yang sukatannya kurang dari dua kolah dan terkena benda najis kecuali yang dimaafkan, sama ada berubah sifat (warna, rasa dan bau) atau tidak.
b) Air yang sukatannya lebih dari dua kolah dan berubah
sifat (warna, rasa dan bau) sama ada perubahan itu sedikit atau banyak.
- Ukuran
air dua kolah itu ialah sebagai berikut :-
- Kalau
dikira dengan tin minyak tanah, maka air dua kolah itu adalah sebanyak 9
2/3 tin
- Kalau
dikira dengan timbangan, maka berat air dua kolah itu adalah seberat
162.72 kg.
- Kalau
dikira dengan ukuran tempat empat persegi, maka air dua kolah itu
memerlukan tempat yang berukuran 60 x 60 cm.
0 komen:
Post a Comment