Umat Islam percaya telaga zam-zam ditemui oleh Siti Hajar
isteri kedua Nabi Ibrahim a.s dan ibu kepada anak Nabi Ibrahim iaitu Nabi
Ismail. Siti Hajar dan anak kecilnya Nabi Ismail kehausan di kawasan gurun
kering kontang . Lantaran itu Siti Hajar berlari anak 7 kali antara bukit Safa
dan Marwa untuk mendapatkan air untuk anak kecilnya itu. Allah menghantar
malaikat Jibrail untuk mengeluarkan air suci dari tengah-tengah padang pasir
itu. Lokasinya ialah tempat Nabi Ismail menghentak-hentak kaki dan menangis.
Siti Hajar mengepong kawasan mata air itu dengan batu-batu dan memanggil zamzam
yang bermaksud 'kepung air'. Ketika itu Mekah belum ada penduduk.
Datuk Nabi Muhamad s.a.w bernama Abdul Muttalib telah
menjaga, mengurus dan menjaga keselamatan satu-satunya sumber air di kota Mekah
zaman pra Islam.
Perkataan "zamzam" dipercayai berasal daripada
ungkapan "zomk-zomk" bermakna "berhenti mengalir" - yang diluahkan
oleh Siti Hajar dalam percubaannya menakung air yang berhamburan keluar.
Menurut hadis, Abu Tharr Al-Ghifari, sahabat Nabi Muhammad
S.A.W, berkata semasa beliau mula-mula tiba di Mekah pada zaman permulaan
Islam, beliau hidup dengan meminum air zamzam selama sebulan.
0 komen:
Post a Comment